Syurga Firdaus untuk Hamba Allah Yang Redha Pada Takdir
Syurga Firdaus untuk Hamba Allah Yang Redha Pada Takdir
Setengah alim ulama berkata:
Syurga itu ada lapan;
Syurga itu ada lapan;
- Pertama, syurga Al Jannah daripada mutiara putih bagi hamba-Nya yang bertaubat.
- Kedua, syurga Asalam daripada yakut merah untuk para hamba-Nya yang sabar.
- Ketiga, syurga Al-Ma’wa daripada zabarjad hijau bagi para hamba-Nya yang takut kepada Allah.
- Keempat, syurga Al-Kuldi daripada pualam merah. Ada riwayat lain menyatakan bahawa syurga itu daripada emas merah untuk para hambanya yang bertakwa.
- Kelima syurga An-Naim daripada perak putih untuk para hamba yang kasih sayang ke pada-Nya.
- Keenam syurga Firdaus daripada emas merah untuk hamba-Nya yang redha pada takdir.
- Ketujuh pula ialah syurga darul Qarar daripada Kasturi yang sangat harum untuk para hambanya yang kasih pada Tuhan-Nya.
Allah swt menjadikan tujuh lapis neraka pada hari Ahad yang di beri nama ;
- Kelapan, syurga Aden daripada mutiara putih untuk hamba-Nya yang kasih sayang. Ia merupakan syurga yang tertinggi di bawah Arasy yang Maha Penyayang. Rasa nikmat belum pernah di rasai oleh pancaindera manusia.
- Pertama, Jahanam untuk dimasukkan umat Nabi Muhammad saw yang berdosa,
- Kedua, bernama Sair untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani,
- Ketiga, bernama Saqar untuk orang-orang Yahudi,
- Keempat bernama Muhim untuk orang-orang yang sombong,
- Kelima bernama Huthamah bagi orang-orang yang jahat, pemarah dan ganas, zalim dan khianat.
- Keenam bernama Lazha untuk dimasukkan orang-orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.
- Ketujuh bernama Hawiah untuk orang-orang pemuja berhala. Neraka ini tempatnya paling bawah di dasar neraka dan merupakan tempat siksaan yang paling pedih.

No comments:
Post a Comment