Tuesday, September 20, 2011

Nama-nama Syurga dan Neraka


Syurga Firdaus untuk Hamba Allah Yang Redha Pada Takdir

Syurga Firdaus untuk Hamba Allah Yang Redha Pada Takdir

Setengah alim ulama berkata:
Syurga itu ada lapan;
  • Pertama, syurga Al Jannah daripada mutiara putih bagi hamba-Nya yang bertaubat. 
  • Kedua, syurga Asalam daripada yakut merah untuk para hamba-Nya yang sabar. 
  • Ketiga, syurga Al-Ma’wa daripada zabarjad hijau bagi para hamba-Nya yang takut kepada Allah. 
  • Keempat, syurga Al-Kuldi daripada pualam merah. Ada riwayat lain menyatakan bahawa syurga itu daripada emas merah untuk para hambanya yang bertakwa. 
  • Kelima syurga An-Naim daripada perak putih untuk para hamba yang kasih sayang ke pada-Nya. 
  • Keenam syurga Firdaus daripada emas merah untuk hamba-Nya yang redha pada takdir. 
  • Ketujuh pula ialah syurga darul Qarar daripada Kasturi yang sangat harum untuk para hambanya yang kasih pada Tuhan-Nya. 
  • Kelapan, syurga Aden daripada mutiara putih untuk hamba-Nya yang kasih sayang. Ia merupakan syurga yang tertinggi di bawah Arasy yang Maha Penyayang. Rasa nikmat belum pernah di rasai oleh pancaindera manusia.
Allah swt menjadikan tujuh lapis neraka pada hari Ahad yang di beri nama ;
  • Pertama, Jahanam untuk dimasukkan umat Nabi Muhammad saw yang berdosa, 
  • Kedua, bernama Sair untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani,  
  • Ketiga, bernama Saqar untuk orang-orang Yahudi, 
  • Keempat bernama Muhim untuk orang-orang yang sombong, 
  • Kelima bernama Huthamah bagi orang-orang yang jahat, pemarah dan ganas, zalim dan khianat. 
  • Keenam bernama Lazha untuk dimasukkan orang-orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. 
  • Ketujuh bernama Hawiah untuk orang-orang pemuja berhala. Neraka ini tempatnya paling bawah di dasar neraka dan merupakan tempat siksaan yang paling pedih.

Ingatan Untuk Sahabat Dari Seorang Sahabat....


Ingatan Untuk Sahabat Dari Seorang Sahabat....


Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.
Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.